Wan Shakizan Ejen Hartanah

SIRI KEDUA: PERSEKITARAN PRESINT 4 PUTRAJAYA

Second Series Around Putrajaya Precinct 4

SIRI KEDUA: PERSEKITARAN PRESINT 4 PUTRAJAYA

Di dalam siri kali ini saya ingin menceritakan tentang satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan ramai di Putrajaya. Presint 4 dan persekitarannya merupakan satu kawasan yang  terkenal dengan aktiviri-aktiviti air. Ia letak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

PRESINT 4                                                                            PANTAI FLORIA PRESINT 4

   

 

PANTAI FLORIA

Putrajaya bukan sahaja terkenal sebagai pusat pentadbiran negara dan lokasi bangunan-bangunan arkitektur indah. Malah, Putrajaya kian menjadi pusat tarikan hujung minggu untuk kaum keluarga meluangkan masa bersama. Terbaru, Pantai Floria dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 1 Mac 2022. Pemandangan yang menarik di sini membuat anda berasa seperti berada di luar negara.  Pantai Floria ini selalunya dijadikan tempat untuk beriadah dan aktiviti bersama keluarga di hujung minggu.

Bermula pada 1 Mac 2022, pantai buatan yang terletak di Anjung Floria merupakan antara tarikan rekreasi terbaharu di Putrajaya.  Pantai buatan ini panjangnya  100 meter dan beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang pada setiap hari. Kawasan dilengkapi dengan kawasan lapang, air pancuran, kawasan berjalan kaki dan tempat duduk bertingkat untuk keselesaan pengguna. Aktiviti-aktiviti di sini membuatkan anda berpuas hati dan akan kembali ke sini berulang kali tanpa rasa jemu

PANTAI FLORIA                                                          TAMAN PERMAIANAN

   

 

REKREASI AIR SISIRAN FLORIA

Sisiran Flora yang terletak di Anjung Floria merupakan kawasan di sepanjang sisiran tasik Putrajaya.  Di sini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan secara, individu, berkumpulan atau keluarga. Di antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah memancing, berkayak, bermain bot kawalan jauh dan juga berkelah untuk para pengunjung meluangkan masa di sini. Yang paling unik kawasan rekreasi ini terletak di lokasi mudah akses dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti tempat menjamu selera (cyclist café yang popular di sini), surau, tandas awam serta kawasan letak kereta yang luas.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini. Rata-rata bagi yang berkeluarga, mereka boleh berhibur dan luangkan masa sambil berkelah di tepi pantai buatan ini. Tidak lupa juga kepada yang berminat untuk memancing, terdapat juga aktiviti memancing di sini. Penenerangan tentang aktiviti-aktiviti yang ada di sini adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Aktiviti-aktiviti percuma:

  1. Piknik
  2. Berjalan & Berjoging
  3. Berbasikal
  4. Aktiviti berkumpulan
  5. Sesi fotografi

Aktiviti-aktiviti yang dikenakan bayaran:

  1. Mamancing
  2. Bermain pasir
  3. Berenang untuk kanak-kanak
  4. Berkayak
  5. Bermain bot kawalan jauh

Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pengunjung Anjung Flora:

  1. Tempat letak kereta
  2. Laluan pejalan kaki
  3. Pantai buatan
  4. Tempat piknik & memancing
  5. Kaunter untuk sewaan peralatan aktiviti air
  6. Bot kawalan jauh untuk di sewa
  7. Tandas
  8. Kafe

 

DI ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI AIR DI SISIRAN FLORIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FACILITI-FACILITI YANG DISEDIAKAN DI PANTAI FLORIA BESERTA TATACARA PENGUNAAN

     

Pihak Perbadanan Putrajaya kerap kali menganjurkan aktiviti-aktiviti di Anjung Floria. Festival Bunga dan Royal Floria Putrajaya diadakan hampir setiap tahun untuk menarik ramai pelancung ke Putrajaya. Festival ini bukan sahaja diambil bahagian oleh peserta-peserta di dalam negara kata. Malahan peserta dari luar negara juga ingin turut serta untuk meriahkan lagi festival ini

Untuk makluman perminat flora, Putrajaya Floria atau Royal Floria Putrajaya 2023 yang merupakan acara tahunan akan di adakan pada tahun ini. Tarikhnya belum ditentukan lagi. Ini adalah festival bunga tahunan ke-14 di Putrajaya dan semestinya disambut baik oleh peminat taman Malaysia. Festival taman ini merupakan acara utama dalam kalendar sibuk Putrajaya. Terdapat  lebih daripada 1,000,000 orang yang menghadiri Floria pada tahun-tahun sebelumnya yang biasanya menampilkan lebih daripada 60 lot taman persembahan dengan penyertaan antarabangsa dari lebih 20 negara.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA ROYAL FLORIA TANUN 2022

   

   

 

 

TAMAN PERSAHABATAN CHINA

Taman Persahabatan Malaysia-China yang terletak di tapak kekal Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya. Ia dibangunkan di atas tanah seluas 0.24 hektar  bercirikan ‘Lingnan-styled garden’ dengan kos kira-kira RM1.5 Juta. Ia dibuat sebagai tanda persahabatan Cina-Malaysia yang sudah lebih 40 tahun lamanya. Perhubungan yang erat dapat dilihat dari segi kerjasama serantau di antara kedua-dua buah negara.

Terdapat enam elemen utama diterapkan di sini iaitu gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuhan. Pereka yang terlibat mengunakan kepintaran mereka untuk menghasilkan kombinasi yang cukup mengkagumkan. Suasana pergunungan dapat dirasai di keseluruhan taman. Memasuki elemen air dengan adanya  kolam yang terletak di antara pavilion dan pintu masuk serta kolam-kolam lain di sekitar kawasan ini dapat memberikan kedamaian yang berterusan.

Manakala kaligrafi halus Cina yang diperlihatkan di sekitar kawasan juga sangat menarik. Setiap tulisan kaligraphi ini menghidupkan suasana seolah-olah anda berada di negeri Tanah Besar China.

Selain dari ini juga, tumbuh-tumbuhan adalah elemen yang sangat berperanan memberikan kedamaian di taman ini. Pokok Maple, pokok bonsai, buluh dan beberapa jenis pokok serta bunga yang ditanam di taman ini bagai terapi diri saat bersiar-siar di taman ini.

Taman ini dibuka kepada kunjungan orang awam tanpa dikenakan bayaran buat masa ini, Pengunjung sangatlah dialu-alukan untuk menghayati sendiri keunikan seni bina yang diterapkan di dalam taman persahabatan ini.

 

REKABENTUK UNIK TAMAN PERSAHABATAN CHINA SEOLAH-OLAH BERADA DI NEGERI CHINA