Wan Shakizan Ejen Hartanah

Denyutan Hartanah Di Putrajaya: Keperluan Untuk Berada Di Hadapan Bersama Tren Terkini Di Bidang Hartanah

Kenapa kita perlu mengikuti perkembangan hartanah. Samada sebagai pembeli atau penjual hartanah keperluan untuk mengetahui tren terkini adalah penting. Pembeli perlu mengetahui apakah ciri-ciri hartanah masa kini supaya pembeliannya setara dengan keperluan masa terkini. Penjual pula hendaklah mengetahui permintaan hartanah masakini supaya harga jualannya bertepatan dengan harga pasaran.

Pada tahun 2023 dan 2024 terdapat peningkatan yang ketara dari segi pasaran hartanah. Ini adalah faktor yang jelas disebabkan tahun-tahun sebelum ini terlibat dengan isu COVID-19. Terdapat lebih 1200 hartanah untuk di jual di Putrajaya. Bagaimana untuk memastikan anda tidak membuat kesilapan dengan mengikut naluri sendiri di dalam membuat pemilihan hartanah. Di sini anda harus bijak memilih ejen hartanah yang professional untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Kenapa Putrajaya dipilih sebagai destinasi tempat tinggal atau komersial

Putrajaya Sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Putrajaya ditubuhkan atas usaha idea bekas Perdana Menteri Malaysia ( Tun Dr Mahathir Mohammad) ke-4 dan ke-7.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia menjadika ia unik. Putrajaya yang mempunyai keluasan  4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion terdiri dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, perumahan, kemudahan komersial, kemudahan social, kemudahan keagamaan dan juga tempat rekreasi.

Boleh dikatakan semua urusan berkaitan dengan pihak kerajaan dapat dijalankan di Putrajaya dan ini merupakan satu kemudahan bagi warga Putrajaya.

Putrajaya Sebagai Destinasi Popular.

Selain dari menjadi sebagai pusat pentadbiran di Malaysia, Putrajaya juga mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan sedia ada telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan Putrajaya dalam peta pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana Putrajaya mengekalkan aliran kedatangan pelancong yang berterusan melalui tarikan produk pelancongannya. Putrajaya menunjukan satu kesimpilan yang menarik. Persekitaran Semula jadi, Persekitaran Bangunan Buatan Manusia, Kebudayaan dan Warisan, Makanan dan Pusat Membeli-belah serta Perubatan dan Kesihatan telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Hasil kajian mendapati produk pelancongan Putrajaya mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong iaitu dari segi reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta memberi impak yang positif.

Populatity Putraja memang telah menyerlah dan dapat dirujuk di Portal BH Online berkaitan Putrajaya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1218675/putrajaya-terus-kukuh-sebagai-destinasi-pelancongan-bertaraf-dunia

Banyak program-program yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPJ) seperti acara berbasikal dan larian saban minggu, penduduk juga mengadakan program di peringkat kawasan seperti kuliah Subuh, gotong-royong, senamrobik dan bersarapan bersama.

Warga Putrajaya turut juga mempunyai program sendiri dalam komuniti masing-masing yang bukan saja dalam bentuk riadah, malah kerohanian. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat serta sesama mereka, sekali gus mengekalkan suasana harmoni di sini yang diduki melebih 82,000 penduduk.

Senibina di Putrajaya Mengikut Tren Terkini

Pembangunan di Putrajaya berjalan dengan pesat. Banyak perumahan dibina mengikut citarasa moden dan terkini.

Pada tahun 2024 terdapat hartanah kediaman dan komersial di dalam pembinaan, dan  sebahagiannya masih di dalam perancangan. Bagi yang sedang mencari hartanah strata di kota pentadbiran ini mereka mempunyai pilihan untuk memilih pembangunan yang baru siap atau yang masih di dalam pembinaan yang mana harhanya lebih menarik. Sebagai contoh, kondominium dan pangsapuri yang telah siap dan hampir siap pembinaannya juga menjadi salah satu kediaman yang popular di sini. Nama-nama  hartanah yang tidak asing bagi yang selalu membuat kaji selidik  tentang rumah kesianan “Non Landed” di Putrajaya adalah seperti AURA Residence di Presint 8, Flora Rosa dan Residensi Sakura di Presint 11 dan Kondominium Seraya di Presint 15.

Walaupun sedemikian, rumah “Landed” atas tanah  seperti bungalow, rumah kembar dan rumah teres adalah merupakan  rumah-rumah tidak kurang juga mempunyai permintaan yang tinggi di Putrajaya. Untuk kediaman atas tanah, pemburu hartanah boleh meninjau ke Presint 8, 11, 12 dan 16.  Rumah berkembar moden seperti Astana, Augusta, Senna dan Thymes 8 menjadi pilihan kediaman bagi warga yang berpendapatan tinggi. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalan seperti lift, system pengera, system pemanas solar, system perolehan air hujan dan banyak lagi.

Selain dari itu terdapat juga ruang pejabat komersil yang menawarkan premis untuk perniagaan dibina berkonsepkan ciri-ciri moden di Putrajaya. Nadi 15 di Presint 15 dan Menara Ochre di Presint 1 Shaftsbury Putrajaya dan Pusat Beli Belah Alamanda  merupakan tempat komersil yang strategik.

Satu pelan pembangunan komprehensif juga sedang dirangka untuk ‘menghidupkan’ Putrajaya Boulevard di Persiaran Perdana, bertujuan untuk memeriahkan lagi kawasan itu.

Landskap yang menawan dengan pemandangan tasik yang memukau pandangan serta panorama yang terpelihara dan  infrastruktur yang terbaik adalah faktor jualan yang menjadi pilihan pelabur dan juga peniaga.

Dijangka Putrajaya akan muncul sebagai salah satu tempat popular dengan binaan canggih mengikut tren terkini.

 Persaingan Sihat Projek-Projek Baru Di Putrajaya Menguntungkan Pembeli Hartanah

Ramai pemaju hartanah membuat pelaburan di Putrajaya dan kesannya menuntungkan pembeli-pembeli hartanah di Putrajaya. Pemaju-pemaju yang membina rumah kediaman di sini cuba memberikan harga yang terbaik kepada pembeli hartanah. Bermacam-macam tawaran diberikan untuk menarik minat pembeli.

Di samping itu bermacam-macam kemudahan diberikan menjadikan hartanah tersebut menjadi lebih menarik. Landskap yang menarik juga merupakan salah satu citi-ciri yang dipertaruhkan oleh pemaju hartanah di Putrajaya.

Projek Yang DiBina Oleh Pemaju-Pemaju  Di Putrajaya

Memang Diakui Paling Sesuai Sebagai Tempat Tinggal Bagi Penjawat Awam Yang Inginkan Hartanah Sendiri

Rata-rata kebanyakan penjawat awam di Putrajaya bercita-bercita untuk memiliki rumah sendiri. Mereka selesa dengan suasana di sini dengan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Walaupun mereka diberikan kuartes, keinginan untuk memiliki rumah sendiri merupakan idaman penjawat awan yang ingin menetap di Putrajaya selepas bersara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keupayaan untuk memiliki rumah telah menjadi istilah biasa yang digunakan untuk merangkumi masalah kesukaran perumahan di banyak negara. Ini kerana perumahan berpatutan memberi tumpuan banyak kepada isu ketidaksepadanan antara permintaan dan bekalan perumahan berpatutan. Begitu juga, penilaian tahap kebolehcapaian, tetapi terhad kepada nisbah harga-pendapatan, sementara penunjuk ini menunjukkan gambaran tentang kebolehcapaian perumahan yang tidak lengkap, kerana ia hanya menilai kebolehcapaian jangka pendek sambil mengabaikan kebolehcapaian jangka panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman individu atau isi rumah tentang makna perumahan berpatutan dan menganalisis perbezaan dalam pemahaman antara mereka yang belum memiliki rumah dan yang sudah memiliki rumah.

Secara kesimpulannya Putrajaya mempunyai curi-ciri yang tersendiri di mana merupakan tarikan kepada pembeli atau pelabur hartanah di Putrajaya. Secara umumnya hartanah di Putrajaya adalah mempunyai eset yang tinggi di masa hadapan

Exit mobile version