Wan Shakizan Ejen Hartanah

Kenapa Putrajaya Menjadi Salah Satu Pilihan Tempat Kediaman Popular

Informasi ini di rujuk daripada  The ultimate neighbourhood guide to Putrajaya oleh Khairul Khalid.

Putrajaya terletak kira-kira 30km dari Kuala Lumpur. Ia mudah diakses melalui beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Express Rail Link (ERL) membawa penumpang ke KL Sentral dalam masa hanya 20 minit.

Sejarah Putrajaya

Putrajaya ditubuhkan pada tahun 1995 dan diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Salah satu sebab utama perpindahan kementerian dan jabatan kerajaan ke luar bandar ialah kesesakan yang semakin meningkat di Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1999, kerajaan pusat berpindah sepenuhnya ke Putrajaya, termasuk kediaman rasmi Perdana Menteri Seri Perdana.

Kenapakah Putrajaya terkenal?

Dengan pelbagai taman yang luas dan sebuah tasik buatan manusia, Putrajaya juga dikenali sebagai Bandar Taman Pintar (Intelligent Garden City) dan Bandar Bertaman (City in the Garden). Taman yang paling terkenal ialah Taman Botani Putrajaya di Presint 1, taman yang terbesar seumpamanya di Malaysia. Selain menjadi pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya juga terkenal dengan pelbagai aktiviti dan acara luar.

 

 

Fakta menarik Tentang Putrajaya

Kenapa Menetap di Putrajaya

Ketika ia mula dimajukan, kebanyakan kawasan perumahan di Putrajaya didiami oleh penjawat awam yang ingin tinggal berdekatan dengan pejabat. Ketika itu, komuniti berpagar belum wujud, dan reka bentuk rumah terbuka tanpa pintu atau pagar depan adalah konsep yang masih baharu.

Apabila bandar ini semakin matang dan menjadi lebih mudah diakses melalui lebuhraya dan Express Rail Link (ERL), semakin ramai yang mula menganggap Putrajaya sebagai lokasi yang ideal, dengan kualiti hidup dan kemudahan yang bagus. Mereka yang berminat dengan aktiviti luar pasti gembira dengan pelbagai pilihan yang ada di sini.

Jika anda mempunyai anak-anak, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi tanpa perlu meninggalkan Putrajaya. Terdapat sembilan sekolah rendah, tujuh sekolah menengah, satu sekolah berasrama dan juga kampus Universiti Heriott-Watt UK di bandar ini.

Akses ke pelbagai fasiliti kesihatan juga mudah. Terdapat Hospital Putrajaya dan empat klinik kesihatan di bandar ini. Institut Kanser Negara di Presint 7 mula beroperasi pada tahun 2013.

Alamanda yang dibuka pada tahun 2004 merupakan satu-satunya pusat membeli-belah di kawasan ini, sehingga IOI City Mall dibuka sepuluh tahun kemudian. Pusat membeli-belah baharu ini menjadi tumpuan ramai, dengan tarikan gelanggang luncur ais Icescape bersaiz Olimpik dan Area 21, taman sukan dan rekreasi bertema dalaman.

 

Informasi Lanjut Berkaitan Keunikan Putrajaya

Untuk informasi lebih lanjut anda boleh aujuk kepada artikel saya iaitu Pengenalan Siri Pertama dan Siri-siri selanjutnya tentang Putrajaya yang diletakkan di bawah tajuk Berita Terkini

Exit mobile version