Putrajaya……. Bandar termoden di Malaysia. Bandar yang dipenuhi dengan landskap yang menarik sehingga digelar bandar di dalam taman. Di dalam siri pertama ini saya ingin menyentuh tempat yang merupakan mercu tanda Putrajaya. Tempat yang saya maksudkan ini ialah kawasan Masjid Putrajaya dan Persiaran Perdana. Persiaran Perdana ini bermula dari Dataran Putra hingga ke PICC. Di sinilah tempat pembinaan di kawasan Putrajaya bermula. Setiap satu binaan di rancang dengan teliti dan setiap satu binaan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bangunan-bangunan yang tersergam indah ini dan landscap yang unik ini diilhamkan oleh arkitek-arkitek yang tersohor dari dalam dan luar negara ini. Pusat pentadbiran kerajaan berpusat di sini dan dari sini jugalah pembangunan di Putrajaya berkembang ke kawasan-kawasan persekitaran
PANDANGAN UDARA DARI DATARAN PUTRA KE DATARAN GEMILANG
PERSIARAN PERDANA
SIRI PERTAMA: DATARAN PUTRA DAN PERSEKITARAN
DATARAN PUTRA
Ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi jika anda berada di Putrajaya untuk kali pertama. Dataran Putra merupakan dataran utama yang terletak di Presint 1. Dataran Putra ini memiliki bulatan dengan diameter 300 meter yang direka dalam gaya Parsi Chaharbagh, sebuah taman yang terbahagi kepada empat bahagian dengan aliran air dan laluan pejalan kaki. Bulatan di tengah-tengahnya bersama dengan air pancut melambangkan matlamat utama negara, iaitu perpaduan.
Reka bentuk dataran ini terbahagi kepada 11 bahagian, membentuk bintang berbucu 11 yang mewakili 11 negeri Malaya yang merdeka pada Ogos 1957. Manakala bintang berbucu 13 dalamnya mewakili 13 negeri yang membentuk Malaysia pada tahun 1963, dan bintang berbucu 14 termasuk Wilayah Persekutuan yang baru ditambahkan. Di dataran ini, anda juga akan menjumpai arca Putrajaya yang menjadi tumpuan pengunjung.
DATARAN PUTRA
REKABENTUK DARI TURKI : PARSI CHAHARBAGH
Kawasan ini berhadapan dengan Masjid Putra, dan di bawahnya terdapat Selera Putra dan Pusat Coklat di Souq Putrajaya.
MASJID PUTRA
Di Putrajaya terdapat dua buah masjid yang menjadi antara mercu tanda utama di Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.
Masjid Putra adalah masjid pertama yang dibina di Putrajaya. Masjid Putra merupakan hasil inspirasi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia dinamakan Masjid Putra sebagai penghormatan kepada jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Pembinaan masjid ini menggabungkan reka bentuk seni bina Parsi zaman kerajaan Safawi dan digabungkan dengan unsur-unsur moden dan kontemporari, dengan menggunakan teknologi sains terkini. Pada masa yang sama, seni bina tradisional tetap dikekalkan untuk menyelaraskan perubahan bentuk daripada bentuk empat segi kepada bentuk bulat yang terdapat di dalam kubah utama, disamping ini elemen bentuk segi lapan dimasukkan sebagai perantara.
Kedudukan masjid ini sangat strategik dan unik kerana di kelilingi oleh taman dan tasik di tengah-tengah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, Ini menjadikannya sebagai lambang kegemilangan sebuah negara merdeka dan sebuah negara berdaulat yang memandang Islam sebagai penentu kejayaan ummah.
Apabila dilihat dari Jambatan Putra, masjid ini kelihatan seperti terapung di atas permukaan tasik kerana lokasinya yang unik di tepi tasik Putrajaya. Lokasinya yang berhampiran dengan kompleks Jabatan Perdana Menteri, memberikan simbolisme bahawa Islam merupakan asas prinsip dan amalan penting dalam kepimpinan Negara Malaysia.
PANDANGAN MENAMPAKAN SEOLAH-OLAH MASJID PUTRA TERAPUNG
PANDANGAN DI DALAM MASJID PUTRA
Sekarang masjid ini merupakan salah satu pusat perkembangan syiar islam di Putrajaya. Terdapat berbagai program yang dianjurkan oleh masjid ini untuk mempertingkatkan keilmuan sebagai seorang muslim.
Sejarah masjid ini, keunikan rekabentuk dan program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid boleh dilihat dengan klik pautan di bawah.
http: http://www.masjidputra.gov.my/ms/info-korporat/sejarah-masjid
CHOCOLATE SOUQ
“Souq” merupakan perkataan Parsi yang bermaksud sebuah jalan yang penuh dengan gerai-gerai kecil. Lokasinya berhampiran dengan masjid Putra. Ia terletak satu aras di bawah Dataran Putra mengadap Tasik Putrajaya. Kedudukannya di sini berjaya menghidupkan semula atmosfera eksotik dan kemegahan peruncitan pasaran terkenal di dunia.
Terdapat lebih daripada 50 gerai yang menawarkan barang-barang makanan (kurma Turki, jem buatan sendiri, kacang-kacangan, dan jeruk), fesyen dan aksesori, hadiah, barang kraftangan, serta cenderamata Putrajaya. Souq bertujuan untuk menangkap hakikat sebenar pasaran bazaar melalui penggunaan bahan yang berkualiti dan berkemaskan tinggi, lukisan-lukisan dinding yang eksklusif, dan seni ukiran yang indah.
Kepada penggemar coklat kini tidak perlu lagi mengambil penerbangan untuk membeli coklat di Langkawi kerana di Putrajaya sendiri terdapat kedai coklat yang terbesar di Lembah kelang iaitu di Souq Shoppe @ Putra Mosque yang mempunya lebih dari 500 jenis coklat jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga yang murah dan berbaloi. Chocolate Souq terletak di antara kedai-kedai eklusif yang mengadap Tasik Putrajaya. Semua coklat di sini adalah coklat berkualiti yang kebanyakannya diimpot dari luar negara.
Di sini juga merupakan tempat bagi yang ingin mencari coklat premium untuk hantaran kahwin. Berbagai pilihan berjenama dapat dipilih mengikut citarasa masing-masing. Perkhidmatan membalut coklat juga disediakan kepada yang ingin menggunakan sebagai hantaran perkahwinan atau hadiah khas kepada tetamu pilihan. Tak perlu lagi nak fikir-fikir gubahan yang bersesuaian untuk majlis. Servis yang diberikan cukup memuaskan hati. Yang paling popular di sini adalah hand made coklat Fidani.
Waktu Operasi
Pada Setiap Hari : 9.00 pg hingga 9.00 mlm
SOUQ BAZAR TERLETAK DI BAWAH MASJID PUTRAJAYA
CHOCOLATE SOUQ
CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Cruise tasik Putrajaya adalah di antara yang paling popular di Putrajaya. Anda boleh memilih untuk menikmati angin tasik di atas bot berhawa dingin atau santai-santai dengan perahu buatan tangan pakar Melayu dari Kampung Duyung, Terengganu.
Tempoh cruise anda bergantung kepada pakej yang dibeli.
Pakej untuk perahu adalah yang paling murah dan berdurasi selama 20 minit manakala pakej makan malam di dalam bot Catamaran yang berhawa dingin dan mewah pula berdurasi selama 1 ke 2 jam.
Laluan Cruise Yang Selalu diikuti oleh bot-bot dan sampan di Tasik Putrajaya
- Masjid Putra
- Istana Darul Ehsan Palace
- Jambatan Wawasan
- Monumen Millennium Monument
- Istana Kehakiman
- Jambatan Putra
Pakej Makan Tengahari dan Makan Malam di Cruise Putrajaya
Cruise ini juga menyediakan pakej makan tengahari dan makan malam di dalam bot yang ditempah. Anda boleh menikmati makanan yang di pesan sambil melihat kawasan-kawasan mercu tanda Putrajaya melalui laluan air.
Pakej Majlis Perkahwinan dan Majlis Hari Jadi di Cruise Putrajaya
Pakej ini memang berbaloi sebabnya serba serbi makeup bermula dari pakaian, makeup, catering, aturcara majlis semuanya sempurna. Pakej ini lengkap dengan penyedian kadi yang bertauliah untuk majlis akad nikah. Harga pun berpatutan dan sangat-sangat sesuai dengan apa yang servis yang diberikan.
Servis yang terbaik dari pihak penganjur perlu dimanafaatkan oleh para pengantin dan juga untuk majlis hari jadi. Dengan kos yang berpatutan tetapi eksklulif menampakan majlis ini mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang berkehendakan majlis yang mewah lagi mantap ini.
PERSIARAN PERDANA
Persiaran Perdana Putrajaya adalah laluan sepanjang 5.2 batu (12,000 langkah) yang terletak berdekatan dengan Putrajaya, Malaysia. Laluan ini memiliki kenaikan ketinggian sekitar 42.6 kaki dan dinilai sebagai laluan yang mudah.
Di sinilah letaknya hampir keseluruhan pusat pentabiran Putrajaya. Ia bermula dari Jabatan Perdana Menteri hingga ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Di antara Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan yang ada di sini adalah:
- Jabatan Perdana Menteri
- Jabatan Akauntant Negara
- Kementerian Wilayah Persekutuan
- Jabatan Kastam
- Kementerian Kewangan
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Awam (LPPSA)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Imigresen Malaysia
- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
- Jabatan Pertanian Malsysia
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Kementerian Pengangkutan
- Jabatan Peguam Negara
- Kementerian Komunikasi dan Digital
- Kementerian Kerajaan Tempatan
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
PERSIARAN PERDANA PUTRAJAYA
BANGUNAN-BANGUNAN TERSOHOR DI PERSIARAN PERDANA
Pada waktu malam dan hari minggu Persiaran Perdana ini merupakan tempat riadah bagi warga Putrajaya dan pengunjung dari kawasan-kawasan persekitaran Putrajaya
Terdapat juga kedai-kedai makan yang popular di sini yang saya akan ceritakan di sisi yang akan datang.