Nama saya : | Wan Shakizan Bin Wan Mohd Noor |
Syarikat saya : | Landsworth Properties Sdn Bhd |
Kumpulan Syarikat : | M-REG Properties |
Berdaftar dengan : | Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah Berdaftar Lembaga Jurutera Malaysia |
Ahi : | American Society Of Civil Engineers |
Nama saya Wan Shakizan Bin Wan Mohd Noor dan saya adalah seorang ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Malaysia. Saya memiliki nombor pendaftaran REN 35699 di Lembaga Penilai. Dalam kerjaya saya sebagai ejen hartanah, saya telah membantu banyak pemilik hartanah dalam menjual dan menyewa hartanah mereka.
Saya dilahirkan pada bulan April tahun 1964 di Pulau Pinang dan telah membesar serta bekerja di utara Semenanjung Malaysia. Setelah mendapatkan ijazah Sarjana Muda dari Universiti of Miami Florida, saya telah bekerja di Perlis untuk membantu keluarga saya. Pada awal kerjaya saya, saya telah terdedah kepada pelbagai jenis hartanah seperti rumah teres, apartmen, dan rumah kedai. Saya bekerja sama dengan pemaju perumahan dan bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Saya juga terlibat dalam urusan dengan pihak berkuasa tempatan. Sebelum menyerahkan setiap hartanah kepada pembeli, saya memastikan semua kecacatan dibaiki dengan sempurna.
Pada tahun 1993 saya telah melanjutkan pembelajaran saya Sarjana Sains di dalam bidang Pengurusan di Universiti Utara Malaysia dan pada tahun 1996, saya telah menamatkan Sarjana saya dan telah berpindah ke Lembah Kelang untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang Kejuruteraan Awam dan pengurusan. Dari tahun 1996 sehingga tahun 2019 saya telah melalui keperbagaian teknik kejuruteraan dan pengurusan projek. Pada hujung tahun 2019, saya memulakan penglibatan saya dalam bidang hartanah dengan syarikat hartanah yang berdaftar.
Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi sedikit kisah perjalanan saya dengan anda semua. Saya juga sangat bersemangat untuk membantu anda mencapai matlamat anda dalam bidang hartanah, sama ada dalam menjual, membeli, menyewakan, atau melabur dalam hartanah, termasuk pelaburan hartanah seperti lelong. Kawasan fokus utama saya adalah di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Puchong.
Matlamat saya sebagai seorang ejen hartanah adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh kepada pembeli, penyewa dan juga pemilik-pemilik hartanah. Sebagai seorang ejen hartanah, tugas utama saya adalah membantu pemilik hartanah untuk menjual properti mereka dengan efisien dan berjaya.
Di antara peranan saya adalah
- Membantu pemilik hartanah memaksimumkan nilai hartanah mereka
- Menyediakan nasihat profesional dan tepat tentang pasaran hartanah
- Meningkatkan paparan hartanah pemilik melalui strategi pemasaran yang efektif
- Memberikan sokongan dan kefahaman selama proses jual beli atau sewa hartanah
- Membina hubungan jangka panjang dengan pemilik hartanah
Disamping itu saya juga membantu pembeli-pembeli yang sedang mencari hartanah yang bersesuaian dengan citarasa dan kemampuan mereka. Di antara ciri-ciri yang perlu adalah:
- Memahamkan kehendak pembeli
- Menjalankan penyelidikan pasaran semasa
- Melakukan penyaringan hartanah
- Mengatur lawatan melihat hartanah yang bersesuaian
- Mengatur perundingan dengan penjual berkaitan terma-terma yang berkaitan
- Membantu pembeli dan menerangkan kepada pembeli berkaitan pasaran semasa
- Mengendalikan dokumentasi penjualan hartanah seperti perjanjian jusal beli, perjanjian sewa dan dokumen-dokumen undang-undang yang berkaitan
- Jika perlu membantu mengadakan rundingan lanjutan dengan pihak peguam, agrnsi kewangan, pemaju (jika berkaitan) dan jurutera bagi tujuan inspeksi
Melalui matlamat ini, saya berharap dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai ejen hartanah dengan baik dan memberikan manfaat yang signifikan kepada pemilik-pemilik hartanah yang saya bantu.
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau isu berkaitan hartanah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya. Saya sedia membantu anda dengan segera.